Tuesday, June 16, 2009

Lawat Atok!

Hj. Abdul Rahman bin Hj. Baharin
Hospital Swasta Seremban Sdn. Bhd.
Tingkat 4, No. bilik 407
Demam org tua....+ paru-paru infection...:(

Atuk start demam since last thursday... Pakcu call Pak Ngah. Pak Ngah balik tengok badan atok dah panas sangat. Xleh gerak apa pun. Baring je... makan pun x lalu dah. Nak angkat dia susah so Pak Ngah call ambulance fron Hospital PD. The nearest hospital.... Atuk stay kat situ sampai hari Jumaat petang. Pak Ngah kata hospital tu mengarut. Macam2 penyakit doc detect. ahhha... memang la. Orang tua umur 86 tahun. What do they aspect? xder penyakit? hmmm... teruk betul doc skrg ni. Pak Ngah decide nak transfer dia ke Hospital Swasta Seremban. Columbia Hospital penuh....

Hari Sabtu baru dapat kami semua datang lawat atok. Malam semalam Giliran Alang jaga atok so bila kami datang, Alang, Pak Lang and Anis balik rehat. Kebetulan Pak Ngah dan Afiq pun ada. Macam2 pesanan Alang tinggalkan. Atuk batuk berkahak. Thats why peparu dia x berapa baik. Sekali-sekala atuk terjaga and start bercerita. Lebih-lebih lagi bila ramai tetamu datang. Apa yang ada kat dlm kepala semua dia cerita. From there, we know that otak dia asyik fikir itu dan ini. X rest... degil betul orang tua nih...huhuh......

Nurse datang cek atok makan habis x breakfast pagi tadi? Bila tanya dia kata habis. Makan apa? Makan nasi goreng. Kami yg ada di tempat kejadian semua baru sampai. X sempat tengok atok makan apa. Nurse tu pelik bila ckp nasi goreng sbb hospital serve roti bakar je. Kitorang semua gelakkan atok....Budget atok merapu je. Bila balik umah Mak Long, baru tau yang memang atok makan nasi goreng. Alang bawak dari rumah.

Lebih kurang dekat-dekat nak lunch tuh, Mak Long call suruh balik umah dia tolong masak. Kekurangan kakitangan di rumah. So, tinggal la ibu ngan Pak Ngah. Aku ngan angah balik umah Mak Long kat Bukit Chedang, x jauh dari hospital.

Sebelum balik, sempat la kami ke seksyen sebelah. Area untuk kanak-kanak. Siap ada nursary. Bestnya jadi kids. Hospital pun cantik macam kat Outer Space... Mcm ni kalau jadi kids, nak sakit selalu la. Bleh duk hospital lama2. :p

Aku suka design pintu dia. Macam cool je... Retro habis!

aktiviti weekend kami...


Pack ur stuff.... it's jogging time!!!

Ibu skarang ni memang rajin gi jogging. Weekdays pun jogging kat Kolej Kejuruteraan, UPM. Aku? malas. Lagi pun keje mana penah balik kul 5pm pun. paling2 awal pun pukul 6pm. Mana sempat. Kelam kabut....nanti ada plak yg pengsan kat jogging track tuh. So, weekend je lah time yg free and relax pun nak pergi memecahkan lemak.

Aku bab-bab long distance ni memang aku lemah sikit. bagi la aku sukan apa pun. Bleh la lagi untuk aku push. But when it comes to jog..... lemah satu badan. kalau nak tau, jog ngan org2 tua nih best skit. sebab dorg dah x larat nak jog. Dorg juz berjalan laju. Aku pun follow la. Kononnya nak temankan. x baik la tinggalkan dorg kat belakangkan. huhuu....

Ni la tempat jog kami during weekend, UKM

Tempat ni dekat ngan pintu gate which tembus jalan nak ke Bangi lama tuh. Kira pintu gate before sampai ke UNIKEB. Area ni ada tasik where tmpt org selalu buat pertandingan memancing. Tempat if masuk dari main entrance, jalan masuk agak jauh ke dalam. Maybe x ramai yang tahu... Time kami pergi iaitu pagi Sabtu dan Ahad, memang xder orang sangat. Ada ladalam 5-6 orang. Tu yang best....tenang je environment dia....

Massage kaki time! Serius sakit! x tipu!


Sit-up...

Ni aktiviti wajib tiap kali lepas jogging. Mengurut tapak kaki, refleksologi la kononnya. Tapi serius sakit. Macam orang banyak penyakit je. huhu...:p Kena gi cek ni. Seumur hidup aku, aku x penah pergi cek darah. Till now, aku x tau pun aku ni jenis darah apa. Kalau ayah darah AB and ibu darah O.... anak 1st dia? X ingat la belajar Bio dulu... hopefully O. Pemurah and senang dapat... kalo AB ni kedekut sebab darah dia xbleh share ngan darah lain.

Lepas dah warming down tuh... perut sure start laparkan? hmmm... apa lagi. gi breakfast la. roti canai? x mungkin... Roti Bakar & telur separuh masak je.... air milo suam... konon sihat. Tengah hari? belasah.....



Sunday, June 14, 2009

Bored.... : (

12 JUNE 2009

Ayah xder gi kursus kat Seremban... Zaid keluar TT ngan member2 dia... Kami 3 dara pingitan...BOSAN!!! balik keje, tak kan nak tido je kan... perut pun dah lapar! so... kami bertiga decide untuk keluar jalan2 cari makan. Now, Bangi dah macam Shah Alam. Sooo many kedai makan. If explore kedai makan baru pun ok gak kan...

Dah siap-siap masuk kereta tapi xtau where to start. Tiba-tiba teringat Al-Ikhsan bukak kedai baru, same row dengan Oldtown White coffee. Baru je rasmi siang tadi. Sure diskaun gila-gila nih. huhu... Memang pun tp sweater yang aku nak tuh RM199. Zaid beli yang lelaki punya RM100 je kat Lowyat.com. Last2 nyer, ibu yang beli tracksuit Adidas sehelai. After diskaun RM89. Maklumla... sekarang ni dah rajin pergi jogging. Aku sempat join weekend je. Itu pun kalau rajin. hhuu...:p


Angah ngan ibu sekarang ni memang jaga makan. Malam x makan pun tapi aku... mana bleh. Bunyi2 perut if x makan. The same row dengan Al Ikhsan tu ada restoran Ani Sup Utara. Baru bukak jugak. Nak try la... Nak bandingkan, mana lagi sedap. Conform Shah Alam nyer lagi layan...


Aku order bubur nasi dengan ayam + daging. Telur asin & ikan bilis wajib! Minum air apple Kasturi.


Ibu order kuew teow sup dengan air bandung Cincau. Angah pulak order sup daging dengan air milo ais. hmm... suka order air x sesuai dengan makanan.... :p Kalau x silap, total semua, x sampai RM30. Burrrppp.... kenyang gila. Dorang yang kononnya nak diet, terus tergugat. Sorry....

Friday, June 12, 2009

alone in Bintulu... :(

Noway! YESway... huhuhu...

Mula2 Boss bagitau aku yg aku kena gi Bintulu this month ALONE!!! Shit! Gila ke apa... Ake x penah keluar dari semenanjung ni sorang2 tau... Takutnyer... kalo gi jalan2 tu ok la lagi. Ini pergi meeting. Bukan satu meeting, but 8 meetings dalam masa 2 hari. Gila la kan. Dah la banyak perkara2 berbangkit yang nak kena jawab. Fuuhhhh.... mati aku kali nih. Ni semua ISO punya pasal. Hj. Nizan sibuk ngan ISO. dia kan MR.... Aku terpaksa terima jugak since ticket and hotel semua dah booked. Relaaaxxxxxxx...... kuatkan semangat. i took it as a challenge!

Hari yang dinanti2kan dah tiba... :p

Isnin, 8 Jun 09

Flight pertama aku ke Kuching is pukul 0815
. Hmmm... selepas Subuh, terus siap coz dah janji ngan driver tunggu kat rumah pukul 6.45. As usual, En. Rosli mesti datang on time. Nasb baik la pagi tu x terlajak. Sampai je kat KLIA, fuyooo... ramai gila orang. Maklumla cuti sekolah kan. Ramai yg bawak anak2 jalan2. Nasib baik la sekarang ni dah ada Chaos computer tuh. Bleh check in online je. Bag baju aku kali ni bukan penuh ngan baju but fail2 projek. Ada 4 projek, maknanya ada 4 fail. Baju, aku selitkan tepi2 bag je. Satu kotak dokumen yang nak kena pas kat staf Bintulu. Aku bawak naik 1 bag yg berisi barang2 peribadi + chocolate coz x sempat breakfast.
Perjalanan ke Kuching ambil masa lebih kurang 1 jam 15 minit. Dapat makan nasi and dessert. Jangan marah... Haagen Daz tuhh...Macam mana lah MAS x rugi. FYI : suku pertama 2009 ni, MAS dah rugi sebanyak RM138 juta.



Kalo ikutkan, aku x penah ke Kuching, kalo sampai pun dalam airport Kuching je (this was my 2nd time). Okla tuh kan...:p Aku sampai dalam pukul 1035 and my next flight ke Bintulu pada pukul 1105. X lama. Lepas cek in, aku gi toilet jap and terus ke pintu R. Uishhh... paling hujung sekali. dah la bawak bag berat nih. Tengok ada beberapa orang je yang tengah tunggu. Alamak... sikit je orang yg ke Bintulu ni. Conform naik focker! Tidakkk!!!!!!! Cuak la. Dah la cuaca kurang baik. Pukul 1130, baru flight sampai. Nasib baik bukan focker tp Boeing 373. Ramai budak PLKN la... Dah la bising, masam plak tuh. Tapi dahsyat... hormat orang tua. Beratur baik2. Berdisplin la...

Perjalanan dari Kuching ke Bintulu pulak lebih kurang 50 minit je. Disebabkan aku lambat inform staf UPM Kampus Bintulu yg aku nak datang sana so dorg x sempat nak tempahkan driver untuk aku. Terpaksa la aku naik teksi untuk 1st day ni. Dari airport ke Hotel = RM35. Aku stay macam biasa di Hotel New World Suites. Fuhhh... finally, sampai jugak aku ke bilik dengan selamatnya. Sebelah malam, perut dah start lapar, aku gi la mall kat bawah hotel tuh. Makan Marrybrown je... jadilah...

Selasa, 9 Jun 2009

Macam biasa... hari ni x boleh nak merayap. Ada 4 meeting untuk 2 projek. Dari pagi sampai lah ke petang. Penat betul! Tepu kepala aku nih... 1-3 Jun hari tuh, kat Sabah Sarawak ni sambut HAri Gawai. Kira macam Hari Raya kita la. Kita if raya pun cuti lama kan. Ni dah seminggu cuti. Ramai workers yang x balik bekerja lagi. Padahal dah inform dah yg cuti 1 minggu je. Susah jugak if workers ni orang tempatan. Kalo orang Indo ke... Bangla ke... dia kerja tempat orang. Dengar cakap sikit and rajin. Ni tidak, ikut kepala dia je. If projek ahead xpe la jugak. Skrg ni dah semakin delay teruk. Dah boleh consider projek sakit dah ni. Mana x nyer, Lebih 100 hari delay. Letih la mcm ni if tiap kali datang meeting asyik delay and x usaha untuk improve. Consultant plak mcm takut2 je ngan contractor.... Cuaca? sama macam di semenanjung. Panas! tp kat sana masih banyak pokok. Sejuk la sikit...

Malam : Aku jalan-jalan kat mall sorang2. Ada NOSE... apa lagi, sangkut la satu kasut. Color purple...huhu...:p Nampaknya malam ni makan MB lagi. Ayam dia masin la. Pedas plak tuh. X sedap langsung. Macam mana la Si Mawi boleh nak jadi duta MB. huhu...

Rabu, 10 Jun 2009

Aktiviti hari ni sama mcm semalam tp penat sikit la sebab projek naiktaraf Dewan Kuliah tu mesti siap hujung bulan ni. Kena pusing2 site, Ala2 pre-inspection la. Aduh... banyak lagi item2 dia x sampai lagi. Ada yang x place order lg???! Uishh... basah baju. Panasnya... Habis inspection pukul 1330. Next meeting pukul 1400. Setengah jam je nak rest... Tu yg terasa sangat penat tuh. Penat2 pun, sempat gak la aku ajak driver gi pasar petang. Kat sungai...ikan semua fresh2 tp aku beli udang je. itu pun x besar sgt. Either banyak dah habis or bukan musim udang lagi...



Malam : Yeay! malam ni x makan MB dah... Kontraktor, Mr Wong belanja dinner kat Marco Polo. Restoran ni mix la. Susah nak carik restoran best yg betul2 halal coz kat sana ramai chinese. Kami makan chinese food. Menu wajib aku is Shark Fin Soup... :p Antara makanan yang kami order : Lamb with black paper, Baby sawi with oyster source, Udang (fresh gila) with york, tahu masak taucu kot.. and ikan masak steam... yummy!!! burrpp... kenyang nyer... After dinner diorang semua gi karaoke tp kat sini karaoke semua pub so, dorg suruh aku balik tido. Hampeh..

11 Jun 2009

Semalam dah janji ngan driver fetch aku kat hotel pukul 1200. Aku bangun awal sikit sebab Jimmy nak jumpa. Dia satu2nya engineer C&S kat UPMKB nih... nak mintak tolong sikit and update beberapa item dalam minit mesyuarat semalam. Dalam pukul 1030, aku gi massage. X jauh. Belakang hotel je... if kita stay kat hotel ni, dia bagi 10% diskaun. Aku amik massage aroma oil - 1 jam je. Sempat la untuk aku balik bilik dan kemas barang2. Aduih...sakitnya dia urut tp sedap la rasa badan. ringan sikit. Mostly pekerja dia memang original orang dari China. Susah betul ckp english. Apatah lagi cakap BM. X paham langsung. Sampai time nak bayar, kena RM45 je. Rupa2nya dia bagi diskaun untuk perempuan. Lebih kurang half price la....

Pukul 1200 lepas check out, En. Zainal bawak saya ke Pasar Tamu. Aku beli ikan masin terubuk 3 ekor-RM11, sayur Miden seikat - RM2 je. Pastu aku beli ikan bilis yang dah siap kopek tu 1 kilo-RM20. Murah berbanding ngan harga di semenanjung. Yang best nyer ke pasar Tamu ni is dapat tengok binatang2 yang dorg jual. Orang bukan Islam la coz dorg makan biawak, tuntung, kura-kura, ulat sagu... macam2 lg la benda2 pelik. ok2, its time tu go. Nanti terlepas pulak flight.

On the way ke airport, aku siap2 pack barang2 tu semua dalam kotak. balut banyak2 coz takut koyak kotak tu nanti. Bertambah la barang2 aku nak bawak ke UPM balik...1 lg is kotak dokumen VO. Sampai airport pukul 1305. Cek in terus coz flight pukul 1430. X sempat makan. Dari pagi x makan nih. Nak tunggu makanan dalam flight, mcm lambat lagi. Alas perut je ngan chocolate aku beli semalam. Macam biasa, sembahyang Zohor siap2. Finally, settle semua kerja-kerja aku kat sini. Hopefully next time x kena pergi sorg lg. Penat angkut barang sorang2...... :p

Saturday, June 6, 2009

Seremban lagi???

Sedara ibu kawin lagi...di Paroi, N9. x jauh dari rumah Mak Long. Dulu family ni duk Rembau. Dulu, kalau time raya, umah dia mesti buat soto. Walaupun umah dia antara umah last yg kami pergi, maksudnya perut dah penuh...tp mesti nak makan jugak. Soto dia perrggghhh...........:p

Kali ni kami gerak pukul 9pg. Awal memang awal sbb Mak Long suh kami breakfast kat umah dia. Dia dah masak bihun, nasi goreng and lauk2. Semalam dorg buat kuih bingka, fav ibu. Dengan perut kosong, kami gerak ke Seremban...


On the way ke Seremban, start daripada RNR seremban tuh, dah jem teruk! x bergerak! Uishhh...cuti skolah ni sure ramai kenduri kawin nih... + ada accident. Conform!!! Yup... highway nak ke KL pun ada accident. lane kanan lak tuh. Toe track tgh angkut kete iswara yg dah hancur bhgn depan. x lama pastu, lane kiri belah highway kami plak ada accident 5 kereta. hmm...teruk gak. Nasib baik buka kete bawak pengantin... huhu...


Sampai umah mak long...salam2 terus serbu dapur. LAPAR!!!!!!! jem 1 jam. perut dah la mmg kosong... Aku balun nasi goreng, pastu mihun goreng lak. perghhh...Kalo mkn umah Mak Long, xsah if x makan banyak...berselera je...

Dalam pukul 12tghr, Pak Ngah & Mak Ngah pun sampai setelah mengharungi jem yg start dari Bangi lg. Lg teruk dr kami.... Semua terus bersiap untuk ke kenduri kahwin. This time ayah je yg drive. Aku dah fobia nak drive kat seremban nih. Kang kena cium lg bontot kereta. huhu..

Dah sampai...

Irfan nih makan nasi ke... makan sudu? huhu... FYI, dia dah tambah 2 pinggan....+ xtra chicken!


Saper lak yg amik gambar nih?...

From left : Pak ngah, mak long, bonda (duduk), mak lang with her daughter, anis and husband. Ni semua adik beradik ibu. Pakcu je x dtg...

Pengantin tp kami x kenal sangat la. Sedara ibu belah nenek & sangat2 jarang jumpa.

Datang awal, sure x ramai org kan. Banyak makanan yg mereka bungkus untuk kami dan juga nak bawa ke PD coz nak jumpa atok. Banyak betul buah tangan kami bawak balik. Goodie bag dia pun mcm jarang2 dapat.



Lepas tu kami ke Seremban semula. Kat umah Mak Long, nak buat per lg? perut dah kenyang kan. TIDOOOooooo..........time!! zzzzz......smpi Zohor. Lepas Zohor kami ke Port Dickson! jumpa atok... lama gila dah x jumpa atok...

Mak aiii.....sampai je kat Teluk Kemang tuh...jem lagi. Ramai betul manusia yg bermandi manda. Dah la cuaca panas! Uish, aku yg tengok dari dlm kereta pun dah rasa panas... Dulu time kecik2, x kenal pun panas. dah nampak air kan... sure terjun gak...

Actually, kami ke PD x call pun Pakcu coz confident sure ada org je kat umah. Atuk dah x boleh jalan. Baguskan Makcu.... sedara ipar tp sanggup korban masa dia untuk jaga atuk, bapa suami dia la kiranya. Nak berjalan2 makan angin suami isteri pun x boleh. Bayangkan... bagus x bagus. Kalau aku? xntah la... mcm x sanggup je...

Kami sampai, dapat tau yang makcu kena semput since Khamis hari tu coz dia makan banyak ice-cream. Menempah maut tul... so, kami banyak tolong2 Makcu since dia x berapa sihat. Atuk pun dah makin kurus. Pak Ngah belikan atuk pendent yg untuk kesihatan tu. Yang kelakarnya... dia sampai mimpi yang Sultan hadiahkan dia pingat. hahaha...mentang2 la semalam Bezday yg dipertuan Agung... ada2 je atuk aku nih...

Lepas asar kami semua gerak balik...


Tuesday, June 2, 2009

runtuh akhirnya!



Bagus! aku ada kawan yg alert!

Stadium Terengganu runtuh? Salah siapa? salah Jai sebab dia dah lama dah perasan tp x buat apa2 tindakan. hahaha.... nasib baik 3D Jai ok lg. Masih kukuh... aku dah msg dia td... :p

Gempar!!! Gempar!!! Gempar!!!!…kejadian yang memeranjatkan seluruh rakyat Malaysia. Terutama IPTA yg telah menghantar wakil untuk sukan antara Universiti. Kejadian berlaku pada pagi 2 Jun 2009, pukul 9.30, ISNIN di Kuala Terengganu…

STADIUM SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN yang baru digunakan setahun runtuh!!!


Pelik..harga stadium yang bernilai RM280JUTA telah runtuh dengan jangka masa baru setahun digunakan..
Runtuhan itu membabitkan bumbung sepanjang 80 meter daripada keseluruhan 134 meter meliputi kawasan tempat duduk berbumbung termasuk pentas DiRaja.

Stadium ini boleh memuatkan 50,000 orang dalam satu-satu masa adalah stadium yang pertama di ASIA dibina tanpa tiang untuk bahagian bumbungnya!..

Hari tu kami ke Terengganu, ada gak amik gmbr struktur bumbung stadium yg bending tuh... nanti aku carik balik...

Balik Tanjung Karang...

Hari ni keje rasa macam hari Isnin plak. huhu... yerla, semalam kan i cuti. Heaven nyer.... stress tul keje ni. Padahal keje x susah cuma banyak... remeh2 la...
Semalam cuti sebab balik Tanjung Karang - kampung belah ayah. Anak tunggal la katakan, bila nenek sakit ayah kena la balik. Patutnya balik la weekend tp ayah plak gi fishing. Kebetulan ada wedding belah ibu plak.



Rasanya dah lama gila x balik TK nih... patut la nenek merajuk. dah la dia je yg call slalu. Semua x ingat nak call. "Kalo korg nanti jadi nenek, tau la perasaan korg mcm mana. Atuk dah la senyap je. Malas nak layan. Sunyi je nenek kat umah ni." Itu la ayat famous nenek...
memang kesian tp nak wat camana... dah sorg2 busy. Jauh lak tuh... lebih kurang 2 jam travel. Penat ooo.... semalam pergi balik hari je... nampak la ayah mcm penat tp dah puas makan tghr tu. Feel makan kat kampung lain tau... pergghhh...lapar lak tiba2...
Sotong sambal, kari ikan pari, goreng taugeh ngan tahu, goreng tempe....minum lak air sirap kampung... perrgghh...dah cukup menyelerakan.... tp satu je yg x tahan nyer... xder aircond. PANAS!!!! berpeluh2 aku!
Lepas sembahyang Asar, kami pun pulang...hp x berenti2 berbunyi. banyak tul hal nak



kena settle tmrw kat ofis... Bubye nenek...