
PAM TALK 2nd session : 2pm - 5pm

Jumpa JAJA... muka memang kenal tp serius aku lupa nama dia. Nasib baik dia bercerita guna nama dia. huhu... Yang lain sibuk mengira, kami bergossip2...huhu...:p


BAGAIMANA NAK BISNES !!
1. Pakai
Disebabkan kita perlu berniaga dan menjual produk premium beautiful seharusnya kita perlu merasai dan menjiwai kelebihan dan kehebatan sesuatu produk. Bagaimana kita nak cakap sesuatu itu rasanya manis padahal kita belum merasainya sendiri. Dengar cakap orang !!!….belum pasti ianya betul. Untuk wanita set premium beautiful boleh dipakai 1 set iaitu bermula dari bahagian atas /tengah@bengkung dan bawah. Bagi lelaki pula boleh dipakaikan bengkung sahaja. Tak perlu malu..waktunya boleh dipakai bila-bila masa. Malam ketika tidur pun boleh.
2. Buatkan senarai nama.
Kekadang kita terlupa bakal pelanggan. Jadi seharusnya kita menyediakan seberapa senarai nama yang berpotensi untuk bersama-sama berkongsi perniagaan. Kawan rapat, kawan sekolah, kawan tempat kerja, kawan ketika berkursus, keluarga. Senarai nama tersebut hendaklah dituliskan diatas kertas/buku sebagai rujukan kita dan upline supaya kita sama-sama memperkenalkan produk dan sistem hai o marketing.
3. Jual secara ansuran.
Umum sedia maklum bahawa set premium beautiful adalah barang keperluan dan mempunyai kualiti yang tinggi. Disebabkan itulah harganya juga agak mahal. Namun begitu ramai orang memerlukan premium beautiful sebagai pembentuk badan dan juga untuk kesihatan. Kita andaikan sebuah mercedes dan wira. Mana yang lebih mahal ? sudah pastilah mercedes lebih mahal berbanding wira. Kenapa mahal ? ia adalah disebabkan jaminan kualiti, prestij dan kelebihan yang tidak dapat ditandingi oleh kereta wira tersebut. Samalah macam premium beautiful, ianya mempunyai kualiti yang pasti tidak dapat ditandingi oleh corset seumpamanya. Sebagai contoh premium beautiful telah diiktiraf sebagai produk super brand…corset lain ada tak super brand. Bukan calang-calang sesuatu produk untuk mendapat super brand. Lagi pula, produk premium beautiful telah mendapat pengiktirafan dari pakar-pakar tulang belakang. Jadi, memang patutlah premium beautiful lebih mahal kan?.
Ramai wanita yang inginkan premium beautiful tetapi disebabkan ianya mahal maka pelanggan terpaksa melupakan dulu hasrat. Oleh itu kaedah yang sepatutnya adalah dijual secara ansuran. Boleh dijual mengikut kemampuan samada 100 /150/ 200 sebulan mengikut kemampuan pelanggan.
4. Nilai
Sebelum kita pikirkan pasal Nilai terdapat 3 perkara utama yang harus diambil perhatian yang serius apabila memulakan perniagaan. Yang paling utama ialah :
a) KEUNTUNGAN
Setiap perniagaan yang diceburi hendaklah memberikan keuntungan yang maksimum untuk kita. Adakah kita meniaga tanpa mendapat penat semata-mata. Setiap yang kita niagalah mestilah mempunyai nilai keuntungan yang tinggi.
a1 – Untung dari segi jualan set
a2 -Untung bonus
a3 – Untung dari segi Kos utiliti / bil air / bil elektrik (sememangnya dah untung kat sini)
a4 – Untung dapat melancong percuma
a5 – Untung dapat kereta percuma
B) TENAGA KERJA
Dalam menjalankan MLM. Diri kita sudah mencukupi untuk membuat semua perkara. Tidak perlu mengajikan pekerja. Ini disebabkan untuk menjual 10 set Premium Beautiful tidaklah rumit. Kitalah Bos dan kitalah juga pekerja. Untuk buat selenggaraan stor pun tak perlu. Bukannya kita memegang stok berpuluh jenis. Cuma satu je jenis produk. Malahan nak jualpun cuma 10 set. Sebulan 1 set jual. Tidak sampai setahun dah habis.
C) MODAL
Modal sudah pasti diperlukan apabila kira hendak memulakan bisnes. Ada tak perniagaan tidak memerlukan modal ?? jawapan saya ADA. Contohnya insuran. Ada bakat ??? boleh cuba. tetapi kebanyakan dan boleh dikatakan semua perniagaan memerlukan modal. Waema jual goreng pisang ditepi jalanpun. Bagi mendapatkan modal untuk memulakan bisnes hai o marketing. salah satu caranya adalah dengan meletakkan slip gaji kepada bank sebagai cagaran. Namun begitu segala urusan pembiayaan menjadi mudah dengan bantuan upline. Jumlah pembiayaan adalah sebanyak RM23000. Ini termasuklah deposit 3 bulan, duti setem dan fee lain yang bersangkutan. Mengikut kebiasaan pembiayaan ini dilakukan selama 10 tahun agak-agak dalam 315 sebulan. perghhhhhh lamanya. Tapi sebenarnya semua itu adalah GIMIK semata-mata. Selalunya usahawan hai o telah menyelesaikan pembiayaan tersebut kurang dari 2 tahun. Jadi apa perlu takut. Saya akan berikan kaedah bagaimana untuk menyelesaikan pembiayaan tersebut dengan cepat.
Kesimpulannya adalah anda boleh menyelesaikan loan bank anda dengan 2 kaedah iaitu membayar dengan menggunakan bonus ataupun dengan jualan set. (seperti saya bincangkan diatas).
1. Bonus setahun RM 52 ribu – loan bank RM23 ribu = RM29 ribu lagi keuntungan
secara mudahnya dengan adanya bonus kita dah selesaikan loan tersebut maka hasil jualan set kita boleh masuk poket buat belanja…shopping kat alamanda dan kalau ada lebihnya bantulah kepada sesiapa yang memerlukan. Derma kat anak yatim, masjid dan mana-mana yang sesuai.
Ada lagi nak citer ni…tapi dalam talian interneti gini ada masalah sikit..kekadang kita nak juga tengok kontek mata, gerak badan, mana lah tau sedang baca menguap boring…itu belum lagi bab belum habis baca dah tutup web. Dan yang paling utama setiap orang mempunyai persoalan yang tersendiri yang perlu di jawab secara berhemah untuk memperbetulkan kekeliruan yang timbul. Mungkin berkaitan penajaan, atau kewangan, loan, produk, dari segi masa, takut untuk bermula dan macam-macam lah.

Ramai orang takut nak buat loan untuk bisness hai o kan… Tapi ramai pula yang tak takut untuk buat loan kereta. Padahal loan kereta akan susut nilai. Tp kereta tetap kena beli juga. Penting tu…Bagaimana pula dengan loan untuk berniaga ? sepatutnya kita tak akan takut disebabkan itulah bisness yang akan membawa pembaharuan kepada sumber kewangan kita. Tak salahkan kita mencuba.
Apa yang perlu adalah bermula dari diri kita dahulu. Bagaimana untuk kehadapan sekiranya kita tidak mampu melangkah setapakpun ke hadapan. Apa tunggu lagi. Melangkahlah segera , mulakan langkah dengan penuh gaya dan penuh tanggungjawab.
Perniagaan premium beautiful sangat istimewa kerana kita tidak perlu menyewa kedai, tidak perlu mempunyai pekerja, Barang tidak pernah luput dan boleh dibawa kemana-mana. Just letak dalam kereta pun boleh kita berniaga di mana-mana sahaja. Ada orang cakap modalnya terlalu besar. Tapi bagi saya ia adalah kecil jika dibandingkan dengan membuka sebuah kedai yang memerlukan sekurang-kurangnya 50K, Francise 100k keatas, stesen minyak 250K, pendek kata semua perniagaan memerlukan modal. Logik saya kata, kalau modal besar untung pun besar dan modal kecil untung pun kecil. Nak yang mana ?. Pilih sendiri. Kedua-duanya pun ada kebaikan dan keburukan. Baik kita ambil kebaikan secara maksimum dan buruk/kerugian kita minimumkan. Realitinya kita mesti yakin dan percaya. Bentukkan kepercayaan adalah dengan merobohkan tembok penghalang “kepercayaan”. Fikir secara mendalam, tenangkan fikiran keluarkan apa-apa sahaja ketidakpercayaan tadi menjadi percaya dan yakin bahawa Anda “BOLEH LAKUKAN” dan mempunyai keinginan. Orang yang tidak mempunyai keinginan, tidak dapat berjaya dalam hidup. Sia-sia sahaja hidup di dunia ini jika tidak mempunyai keinginan. Untuk berjaya dalam kehidupan, anda bukan sahaja dikehendaki mempunyai keinginan. Malah, anda perlu menambahkan perkataan ‘KUAT’ pada keinginan anda. Keinginan yang kuat, itulah kunci bagi mencapai kejayaan. Amat berbeza antara keinginan dengan keinginan yang kuat. Mempunyai keinginan sahaja menyebabkan anda mengaku kalah apabila bertemu kegagalan, sekalipun tujuan anda adalah untuk menang. Sebaliknya keinginan yang kuat membuatkan anda terus mengejar impian walaupun anda menemui kegagalan demi kegagalan. Keinginan yang kuat inilah yang akan mendorong, menolak dan menghalang anda dari berputus asa malah ianya akan memaksa anda bagi meneruskan mengejar impian. Tempat paling layak bagi anda adalah di hadapan. Paling hadapan sekali, mengatasi yang lain. Tidak sekali-kali hanya menjadi pemerhati, melihat kemenangan orang lain. Kuatkan keinginan, maju kehadapan kearah kekayaan.
…………………………………………………………………….
Setelah itu kita perkenalkan dengan 2 orang rakan berkaitan produk premium beautiful (penerangan berkaitan Funsi setiap set produk Premium Beautiful akan saya bincangkan kemudian). Alah kawan kawan rapat pun boleh. Ada kawan tak?? mesti ada. kalau tak percaya cuba buka senarai nama Handphone tu. At least ada lebih kurang 50 orang. Namun begitu untuk permulaan pada bulan pertama cukuplah kita perkenalkan produk kepada 2 orang teman rapat. Itupun dibantu oleh upline. Upline yang akan ambil alih tugas anda.Tugas kita adalah:
1. Perkenalkan Kawan kepada upline
2.Duduk diam, ketika upline bercakap
3.Senyum….dan anggukkan kepala (mengiya kan saje apa yang dicakapkan)
(langkah 2) Faedah yang anda dapat untuk tugas diam dan senyum anda :
1. Bonus RM2500 (2 tajaan)
2. Kenaikan pangkat dari SM(sale manager) kepada SSM (senior sale manager)-penerangan dari segi kenapa boleh naik pangkat untuk dari SM / SSM / DSM / DDM / CDM
Nota : Kalau dahulu untuk mencapai pangkat SM mengambil masa sekurang-kurangnya 3 tahun tetapi dengan sistem ni cuma mengambil masa 1 hari sahaja. Umpama kita nak balik jauh. Jalan mana yang cepat sampai. Highway atau jalan kampung yang berlopak. Kalau saya lebih baik ikut Highway, jalanpun elok dan selesa.
3.Diiktiraf dan diraikan oleh Hai o di tempat-tempat mewah untuk menerima anugerah.
4.Melayakkan anda untuk melancong ke destinasi terpilih.
(Langkah 3) Faedah memimpin / senyum dan angguk2
Seperti dilangkah pertama dan juga langkah kedua sudah pasti rakan baru kita mahukan perkara yang sama berlaku. Disitulah pentingnya kita sebagai upline mengendalikan tugas supaya rakan baru diperkenalkan dimana letaknya stokis berdekatan, diperkenalkan dengan barang keluaran, memperkenalkan dengan rakan kongsi yang lebih senior, memperkenalkan latar belakang dan letaknya Head Quarters sebagai langkah awal supaya rakan kongsi yang baru tadi lebih berkeyakinan dan kemudiannya meniru (duplicate) apa yang kita lakukan sebentar tadi seperti pada langkah awal. Dengan cara ini rakan baru tadi akan mendapat faedah yang sama seperti yang terdapat pada langkah 1 dan 2. Namun begitu kita sebagai senior juga akan mendapat faedahnya. Dalam masa yang sama juga kita perkenalkan lagi kepada 2 orang lagi. Kena ingat !! semua ini perlu dilakukan bersama upline.
Faedah memperkenal rakan baru : (2 rakan kongsi baru – direct leg yang masuk bulan pertama) dan 2 rakan kongsi yang join bulan kedua tadi + 4 rakan leg baru)
1. Bonus sebanyak RM7500
2. Kenaikan pangkat dari SSM kepada DSM
3.Diiktiraf dan diraikan oleh Hai o di tempat-tempat mewah untuk menerima anugerah
4. Kelayakan untuk melancong
5. Bermulanya pencapaian untuk tabung kereta.
Begitulah seterusnya, duplication akan berlaku sekiranya kita sabar dan bertanggung jawab terhadap semua rakan kongsi. Perkongsian ini adalah ikhlas supaya setiap rakan kongsi beroleh kejayaan. tanpa rakan kongsi bagaimana kita akan menempa kejayaan. Jika rakan kongsi berjaya baru lah kita akan berjaya. Tetapkan matlamat agar setiap rakan kongsi akan berjaya dengan cemerlang. Insya-Allah.
Sistem inilah yang memberikan sinar baru kepada Usahawan hai o. Dengan kata mudahnya ia dikenali sebagai
“SISTEM BONUS RM13 RIBU DALAM MASA 3 BULAN”
Betul ke 13 ribu
(RM3K-mula2 masuk + RM2500 Bln ke2+ RM7500 bln ke3)
Total RM13 ribu untuk 3 bulan-secara purata 1 tahun ada 12 bulan. Maka
RM13 ribu – 3 bulan per 1
RM13 ribu – 3 bulan ke2
RM 13 ribu – 3 bln ke 3
RM 13 ribu – 3 bln ke 4
——————————
RM 52 ribu untuk setahun
——————————
Setelah saya terangkan sistem yang membuatkan Hai o melonjak kini tiba masanya saya terangkan bagaimana untuk berniaga. Ada juga tatacara yang perlu diikuti. Kalau mengikut sistem dan panduan yang diberikan insya-Allah pasti berjaya.
File yg diedarkan pada para peserta. Bayaran RM10 bagi setiap individu.
Sampai ke puncak majlis iatu acara cabutan bertuah. Aku ada 5 nama dan satu pun x sangkut. Memang Hampeh! xper la... jadi penyampai hadiah pun oklah. Yang penting berdiri kat depan. Dapat sikit aura kejayaan tuh...:P

This year, hmmm.... dah 27 tahun! Lagi 3 tahun to reach 30. OMG! dah tua nyer... so, apa agak nyer azam hadry this year?... 1st thing yg nampak is, he's getting slimmer...huhu... diet is for a better life kan. bukan juz nampak makin hensem but healthy... 2nd thing, Hadry dah jadi jejaka berkejaya. huhuh.... dah start kerja so kena la keje rajin2. Also or a better life... All the best!
Macam biasa, every year xder idea nak belikan apa for Hadry. Since dia baru start keje then i think i should buy him smthg that he can bring to office. LAMY? why not... Lamy yg i beli ni is limited edition. Surface dia made from wood laminated. Selesa sgt nak pegang... tapi jenis ni jenis mata kecil. Suitable only untuk sign... saje je suruh Hadry cepat2 jadi boss. so bleh sign jer... hahaha...:p
Erk, xyah baca la. Ngarut je aku tulis tuh... biasa ar cari kad yg cantik2 skit...pastu tulis sikit je :p
Ikutkan apa yang Hadry dah bagi pada aku... macam2 dah. xterbalas dah. Walau mcm mana pun, aku still cuba untuk bagi apa yang termampu. This year kerja dah betul2 stable + duit tambahan aku buat Hai-O... dapatlah aku belikan dia smthg yang agak mahal (pada aku la). Hope Hadry suka...
Yes... BAyou, Alamanda jadi tempat pilihan kami untuk bezday ibu tahun ni. Macamana pun, kami tetap rasa x puas hati sebab bezday ibu mcm x seberapa je. Aku pun hari tu dari ofis and x sempat nak mandi.... busuk2 tu join dorg dinner. Zaid, nama je photographer. Event family yg penting mcm ni, bleh plak dia tertinggal camera kat ofis. Angah plak, camera habis bateri. x charge. Aku, camera handphone je la. Nasib baik ada N95 buruk nih.
Wenny, Min & Man datang direct dari KL and we met them here kat kenduri. Malam tu baru dorg join balik hotel.
Burrrppp.........muka ceria adalah muka mereka yang kekenyangan. Itu semua orang tahu. huhu... X banyak pun makan coz badan dah penat sgt and perut dah masuk angin. Makan x betul hari nih. Nasib baik muka x nampak mcm org x mandi. ok2 je. :p Aishah... congratulation bagi pihak abang you...tpkan, cerita kenduri Abg Jay x habis kat ctu je. Mlm tu jugak, Toyong tunjuk kat aku BF Aishah. huhu....Finally, aku tau jugak tp sayang nyer aku tau dr org lain n bukan dari Aishah sendiri. Xpe lah, dia malu kot nak ckp. Thats normal. Dah lalui dah zaman2 tu a few years back.. ahhaha..... :p
Kelmarin jumlah mangsa H1N1 adalah 14 orang. Hari ni je meningkat 38 orang. Menjadikan sejumlah 114 mangsa kesemuanya di Malaysia. Seramai 33 mangsa adalah disebabkan jangkitan setempat dan selebihnya adalah jangkitan import.
Tau la banyak duit, bleh holiday oversea tp jangan la sampai bawak balik penyakit. Mostly yg bawak masuk ni adalah balik dari melancong and kerja. Xkan xleh pospond. Ketatkan la kawalan. Yang x bersalah pun jadi mangsa. Macam pemandu teksi bawak pelancong tuh. X pasal-pasal je kena. Lepas tu dia balik rumah, berjangkit pulak dengan keluarga dia. Padahal family dia dah berusaha dah untuk elak daripada terkena.
Pada kawan-kawan yang ke Urbanscape baru-baru ni, pergi la buat medical check up. Suspect ada pengidap yang datang and join coz dia pun baru tau dia dijangkiti. Apa kata, buat masa sekarang ni, jangan pergi tempat ramai-ramai orang nih k.
Ada pulak staf nUPM ni yang anak dia dijangkiti di sekolah tapi doc kata anak dia dah recover. Dia dijangkiti atau x, we dunno tapi yg pasti dia ikuti kursus dan duduk dekat dengan adik aku. Ish... ish... cari pasal betul!
So, guys... sama2 la kita jaga diri sendiri kay. Aku buat blog pasal H1N1 hari ni pun sebab aku selsema hari ni. Semua risau bila aku bersin. Menyusahkan betul la.... Aku clean laaaaaaaa....... selsema biasa je..... :p
Blog Design by Gisele Jaquenod | Work under CC License