Monday, January 26, 2009

YUN NAM HAIR CARE

Every time my mom menyapu rumah...dia sure membebel sbb byk sgt rambut. Yang buat aku tension tuh, dia sure attack aku. Mcm la aku sorg je yg ada rambut kat umah ni. Tp bila aku buat spotcheck, mmg mcm rambut aku pun. huuhu.... Di sebabkan kejadian begini selalu terjadi di rumah, dia mengsyorkan aku untuk try YUN NAM Hair Care tuh.... (mcm la dia dpt commision). Aku pun mcm setuju je la sbb tgk rambut aku ni mcm x berapa nak lebat je. Tgk kat TV, dia kata 1st trial free. Cantek ar, bleh buat trial dulu.

Semalam aku bukak la website : http://www.yunnamhaircare.com

Aku duk Bangi so aku rasa branch yg paling dekat is at Mid Valley, opposite Chili's. Aku terus call branch sana & buat appointment pukul 1.30pm. Seperti yg telah dirancang, aku pun pergi la ngan family.Dorg nak gi shopping so, aku sorg2 terpinga2 pergi sana. Ayah teman kejap je, pastu dia pun cau.


Process : Sampai je kat sana, dia minta IC untuk registration. Sementara tu kita duduk dulu. Ada gula2...lepak2 dulu. X lama pastu, akan ada sorg staff dtg and minta u isi borang. Borang tu just tanda pada kotak2 yang berkaitan. Dia just tanya penyakit apa yg u ada, what types of medicines yg u amik, brape kerap u exercise and kadar stress. Belasah je la....Pastu bg balik pada dia kat kaunterLebih kurang 10 min mcm tu, sorg lg staff datang dan dia lah yg akan entertain u sampai settle. Person incharge hr tu is Miss Ivy. Cantek ar rambut dia...



1st : Dia bawa aku masuk satu bilik kecik sebelah kaunter untuk consultancy. dia tgk balik borang yg kita isi td tuh. Dia tanya lg a few things. Pastu dia start tgk rambut. My problem is rambut gugur, kira akar x kuat. 1st thing yg dia tgk of coz la kulit kepala. Dia tekan2 n kikis2 pakai kuku. Pedih tul...sengal! Pastu kulit kepala jadi merah2. Dia ckp makna nyer kulit kepala x sihat.

Part yg aku nanti2 kan, dia guna camera 200x ganda zoom untuk tgk condition kulit kepala kita kat screen monitor comp and sambil tu dia explain. Eeeuuuwwww........ keadaan kepala aku setelah aku syampoo pg td sebelum gerak dtg cni. X bersih rupanya selama ni aku cuci. Dah tebal dah kulit mati + sisa2 syampoo. Benda ni la yg memerangkap minyak masuk dlm liang rambut dan membentuk dandruff. Setiap liang akan tumbuh 3 helai rambut but mine, ada a few je mcm tu yg lain tumbuh sehelai2. kalo tumbuh 3 helai pun, dia x sihat, halus je dia tumbuh. ini adalah kerana sudah tdk terdapat lg liang2/ruang2 untuk dia tumbuh. Pertumbuhan anak rambut pun terbantut. So, bila root x kuat, dia akan gugur and at the same time, xder anak rambut baru yg tumbuh. Jika dibiarkan, aku akan botak....TIDAKKKKK.........


Lepas di adah tunjuk masalah aku tu, dia bg tau, next step is dia akan shampoo dgn rempah2 ratus herbal china untuk bersihkan kulit2 mati td supaya lebih byk liang2 rambut terbuka. Treatment pembersihan ni xkan terus bersih utk sekali je so, dia advice aku utk buat 5kali lg supaya betul2 bersih. Aku dibawa naik ke tingkat atas iaitu bahagian saloon. Dia tunjuk la shampoo yg dia gunakan + satu herbal spray 6x + satu lg herbal 3x spray. Syampoo lg dlm 5 min, pastu cuci. Dia tunjuk plak conditioner, hanya utk scalp + conditioner utk rambut (bau apple).


Aku duduk balik kat tempat aku untuk process seterusnya. Dia selak layer by layer rambut aku untuk letak sejenis herbal mcm conditioner pd kulit kepala. Pastu dia balut nga plastic utk stim. After bout 15 min, dia massage2 skit. Pastu part yg paling aku x suka...Sakit!!! Rasa nak tercabut kulit kepala. Dia selak balik setiap layer rambut untuk sental kulit kepala aku supaya kulit mati td tercabut. Dah settle tu, gi basuh lg skali smpi minyak td bersih. Keringkan mcm biasa dan turun balik untuk scan semula. Nak tgk ada perubahan atau pun x. Conform la ada kan.... nampak lebih bersih la. Tp layer kulit mati tu still ada.

Payment : Di bilik yg sama, kami discuss on payment. Masuk bab ni yg aku pressure skit nih. Tgk harga...terus call my mom dtg membantu. huhu.... Advice untuk mereka2 yg hendak mencuba. Time dtg tu discuss harga dulu baru buat free treatment. Actually, once u dah buat free test tu, kira u dah ada ikatan ngan dorg and mesti kena buat treatment seterusnya. If u juz nak beli barangan dia and buat sendiri kat umah, dia x jual satu2 item. Dia jual 1 set - RM988. If u join treatment, brg2 ni dah termasuk skali so kira free. Package baling sikit is 26 kali treatment - RM 7800.00 so, yg lain tu lg mahal la kan. Since aku rasa rambut aku ni x lah critical sgt, aku nego la ngan dia. Aku amik 10 kali treatment juz utk bersihkan kulit kepala and rooting process - RM3600. If u nak byr cash, everytime dtg byr... u kena byr deposit RM2000 pendahuluan dan yg selebihnya bayar ansuran. Tp dia x galakkan. Aku byr pakai card credit RM2000 and lg RM1600 tu aku byr everytime dtg buat treatment.



Arggghhhh.......membazir betul!! Ayah tau je....terus dia ngamuk. Dia terus blah tunggu kat kereta sbb x dgr ckp dia. Pastu ktrg smua kena balik xleh nak shopping dah. X sempat aku nak lunch. Lapar pun tahan je la.... Sob...Sob...xder duit....

1 comments:

diywho said...

siottt jek
kate free treatment ekk.mesti mase isi form tuh ade mention psl ikatan lps wat treatment

Post a Comment