Sunday, March 8, 2009

Family Day FRSB....

Today @ Taman Wetland Putrajaya...



Bertemakan baju warna merah, ibu suruh kami datang untuk memeriahkan lagi family day nih. Yerla, if kami xder... x meriah plak kan. Ibu & ayah dah sampai dulu. Selepas subuh dah gerak coz ibu antara orang kuat yang menguruskan event especially bahagian hadiah. I datang ngan angah around 9.30am. Itupun sesat, termasuk ke Taman Air Wetland. Confuse la signboard....



Kami yang poyo siap bawak alas meja. hahaha... carik pot yang baikkkk tuk lepak sambil tengok acara sukan yang dah disediakan oleh urusetia FRSB. Sambil tu jugak mata liar usha sekeliling coz dorg ada acara cari barang tersembunyi. Urusetia akan bagi tahu clues untuk orang cari apakah benda itu dan di mana.


Ni tengah ready untuk acara membawa bola ping pong dengan sudu berpasangan. I and ayah yang masuk. Ayah kata mesti menang punya. Aku tengah debar-debar tu... hahaha...

Bila urusetia kira 1, 2.... semua dah start lari.. mana aci! aku yang jujur ni sure la dah terlambat. Dah halfway aku larik, tiba-tiba dengar orang jerit, batal! batal! aku skali lagi, dengan jujurnya pun berenti. Pastu ayah kata teruskan je... Arrgghhhh...... dah terlambat dah. Benci aku!

Ayah plak berlari sebab nak cepat. Last2 nya, jatuh bola, lagi la lambat. hmmm.... hampeh!


Badut datang untuk menceriakan lagi kanak-kanak. Sebelah petang, hanya tinggal aktiviti untuk orang dewasa sahaja. Yang kelakarnya, bukan kanak-kanak je yg terhibur, mak bapak kanak-kanak pun terhibur sama. hhuhuhu......


Acara kedua yang aku masuk is bowling buah kelapa. Hampeh... kalah lagi. x kena langsung untuk dua-dua balingan.


Hadry datang untuk lunch je... hahha..... dlm pukul 3, kami gerak ke KLIA. Hantar Hadry balik Kuantan.

Antara aktiviti-aktiviti yang sempat aku join after lunch & before hantar Hadry balik :

Acara menimang bola takraw untuk acara lelaki dewasa. Ayah dapat 3 kali je... kata dulu main sepak takraw. Kain pelekat yang wajib kena pakai tuh menjadi alasan semua yang kalah. :p


Dia teringin jugak. Acara bebas terbuka untuk lelaki dan wanita dewasa. Itu ketupat ke apa ntah tu....

0 comments:

Post a Comment