Wednesday, February 17, 2010

"Belasah Trip" to Perak....

Cuti Raya Cina... orang melayu pun sibuk la beraya juga. Cuti 4 hari ooo... xkan x balik kampungkan. ni lah peluang untuk mereka yang kampung jauh. Tapi untuk kami yang kampung x berapa nak jauh, balik Tanjung Karang and terus merayap ke Perak... Since arwah mak long meninggal, dah lama kami x balik belah ayah pulak. Nasib baik ayah rajin nak melayan kami dengan 'belasah trip' kami...

Dengan gamble nyer trip kami bermula pada hari Isnin, 15 Feb 2010...



11.30am : dari Kuala Selangor ke Sabak Bernam. Ayah nak tengok sangat tempat mancing yang best kat situ, D' Muara Marine Park. Next time nak stay sini layan mancing. Mula2nya, kami plan nak ke Kelong Paradise, gi mancing tp tutup sampai sabtu depan. Hampeh btul! Nasib baik x beli joran lagi. Kat sini, kami juz usha2 tempat je...







1.00pm : Kami gerak ke Teluk Intan atau dulu dikenali sebagai Teluk Anson. Kat sini apa yang famous? Menara Condong laa... huhu...hepi sangat coz finally dapat naik menara tuh. Nak tengok Menara Pisa, ntah bila2 kan... huhu...Kami lunch di medan selera di hadapan menara. Aku x mkn pun. Panas sangat so belasah ABC jer...



2.30pm : Tanpa membuang masa, kami terus shoot ke Kuala Sepetang, Taiping. Ini lah tujuan utama trip kami iaitu gi cari mee udang yang masuk Majalah 3 tuh, Mee Udang Mak Teh tp tanya member2, dorg kata mee udang Mak Jah lagi sedap.



Sebelum tu singgah sembahyang kat Masjid Al-Ikhwan. x jauh dari destinasi dituju.



Pergh...ramai gila orang...tepaksa tunggu meja kosong. Alhamdullillah, x lama lepas tu kitorang dapat meja tapi kat area xde bumbung. Dugaan betul...tiba2 je hujan panas. Nak tahan panas matahari + elak hujan + himpit2 dgn org ramai. Enviro yang paling aku x suka. baju dah lencun dah berpeluh2.



Hampir satu jam lepas tu baru dapat makan. Makan x sampai 15min. huhu... laju gila. udang besar2 10 ekor = RM10. x nampak mee, udang je yg penuh. Memang puas hati!!!

7.00pm : Alamak! dah nak magrib... xtau mana nak menginap malam nih...

First - kami ke Seri Malaysia. Full House!
2nd - Try ke hotel baru Flemington Hotel. Time2 mcm ni lah penting nyer unlimited access to internet. blom smpi hotel dah bleh call sbb kena lalu Lake Garden. Jem!
3rd - On the way nampak sign board Taiping Golf & Country Resort - hotel mahal pun full house... kami dah start panic. Pencarian dibantu oleh ofismate angah, Kak Sal.
Dia suh try cari hotel baru kat deret shoplot baru. Finally< kami jumpa SSL Hotel. Personal own. Rasanya company buat furniture coz furniture dalam hotel tu cun2 habih.. :p





9.00pm : Check in! Arghhh... sedapnye katil...toilet pun cantik...



10.00pm : x reti duk diam! angah called Kak Sal amik ktrg bwk gi Night Safari Zoo Taiping... yeay! saje nak compare dgn Nite Safari S'pore. huhu ... :p

Nak dijadikan cerita, time tgh beratur beli ticket, tiba2....hahahahahaha... tau x aku jumpa siapa??? haahha... lawak gila! aku jumpa Toyong, One n Usop. x sangka dah lama gila x jumpa usop, bleh plak jumpa dia kat cni. unexpected gila!!!
Apa yg korang buat kat cni????!!!! dorg pun tanya soalan yg sama... hhahah... Last2 nyer, ktrg jalan sama2.

Cakap pasal zoo? oklah untuk percubaan pertama di Malaysia. Nak compare kan dgn Zoo Negara. Zoo Taiping lg ok kot...



Lepas tu budak2 ajak gi minum. One cakap ada kedai ala2 kopitiam mcm White House kat kelantan tu. Pusing punya pusing x jumpa pun. Kak Sal org Taiping pun x tau katne. Ntah btul ke x si one ni. huhu... so, end up balik je bilik. Thanx a lot to Kak Sal. kalau x sure x jumpa bebudak nih... hahah...

12.30am: perut berbunyi2 kelaparan. Aku ajak ayah kluar cari makan.

Keesokan harinya ....

9.00am : Bangun siap2 untuk destinasi seterusnya...free breakfast only for 3 pax. Yang 2 org lg ni nak breakfast kat mana? huhu...





11.00am : aku ajak ayah gi breakfast kat stesen KTM Taiping. Banyak gerai makan kat depan tu...x lama lepas tu, bebudak bertiga semalam tuh join sekali breakfast kat situ. Perjalanan kami jauh lg nih... so kami terpisah kat sini. Dorg x puas lg nak pusing Taiping.

12.30pm : Baru nak gerak and kali ni kami nak singgah ke Kuala Kangsar dulu...x jauh pun. Dalam 45 minit kalau x silap. Aku dah penah sampai sini dulu masa diploma dengan Hadry. Dapat la masuk MCKK. huhu... but kali ni lalu je... kami terus ke Istana n Masjid Ubudiah..





Before balik, cari kedai pau n chicken cop yang Hadry cakap sedap tu, Yut Loy...tp raya cina kan.. conform la tutup. waaaa... kecewa lg. Last time dtg cni dapat makan pau je. Kali ni tutup terus. huhu...



12.30pm : Kami gerak ke Ipoh. Nak sangat tengok Hotel Majestic yg klasik sangat tuh. Angah pernah stay cni masa dia buat field work dulu. Memang classic. Serammmm pun ada. Yang special nyer, lift dia. Old school habis. Kena tutup sendiri. huhu...







Bandar Ipoh lengang... x banyak kereta + panas terik! x selesa langsung nak berjalan2 cari makan so, kami decide untuk balik je rumah terus.

3.00pm : Singgah RnR Tapah untuk lunch and sembahyang... perghhh... ramai gila manusia. Nak makan pun xde selera. Lapar punya pasal, telan je la. Dah la byk lauk dah habis. teguk air sebanyak yg boleh. Siap bungkus ais kosong untuk sapu kat leher, tangan smua. Panas sgt!





4.30pm : Gerak balik... time paling best untuk tido... kesian ayah kepenatan. huhu... untuk hilangkan ngantuk, kami usha kereta2 yang kurang ajar lalu kat emergency lane. sekarang polis dah banyak jaga. Bagus2! Kereta banyak...consider jem tp bergerak la...




7.30pm
: Alhamdullillah... kami sekeluarga selamat sampai di rumah. Kami kluar exit Mont Kiara x masuk KL from Rawang. Ok, x jem...

Nampak nyer, next time bleh la buat lg mcm nih... gamble jer..huhu... :)

0 comments:

Post a Comment