Kali ni kami gerak pukul 9pg. Awal memang awal sbb Mak Long suh kami breakfast kat umah dia. Dia dah masak bihun, nasi goreng and lauk2. Semalam dorg buat kuih bingka, fav ibu. Dengan perut kosong, kami gerak ke Seremban...
On the way ke Seremban, start daripada RNR seremban tuh, dah jem teruk! x bergerak! Uishhh...cuti skolah ni sure ramai kenduri kawin nih... + ada accident. Conform!!! Yup... highway nak ke KL pun ada accident. lane kanan lak tuh. Toe track tgh angkut kete iswara yg dah hancur bhgn depan. x lama pastu, lane kiri belah highway kami plak ada accident 5 kereta. hmm...teruk gak. Nasib baik buka kete bawak pengantin... huhu...
Sampai umah mak long...salam2 terus serbu dapur. LAPAR!!!!!!! jem 1 jam. perut dah la mmg kosong... Aku balun nasi goreng, pastu mihun goreng lak. perghhh...Kalo mkn umah Mak Long, xsah if x makan banyak...berselera je...
Dalam pukul 12tghr, Pak Ngah & Mak Ngah pun sampai setelah mengharungi jem yg start dari Bangi lg. Lg teruk dr kami.... Semua terus bersiap untuk ke kenduri kahwin. This time ayah je yg drive. Aku dah fobia nak drive kat seremban nih. Kang kena cium lg bontot kereta. huhu..
Lepas tu kami ke Seremban semula. Kat umah Mak Long, nak buat per lg? perut dah kenyang kan. TIDOOOooooo..........time!! zzzzz......smpi Zohor. Lepas Zohor kami ke Port Dickson! jumpa atok... lama gila dah x jumpa atok...
Mak aiii.....sampai je kat Teluk Kemang tuh...jem lagi. Ramai betul manusia yg bermandi manda. Dah la cuaca panas! Uish, aku yg tengok dari dlm kereta pun dah rasa panas... Dulu time kecik2, x kenal pun panas. dah nampak air kan... sure terjun gak...
Actually, kami ke PD x call pun Pakcu coz confident sure ada org je kat umah. Atuk dah x boleh jalan. Baguskan Makcu.... sedara ipar tp sanggup korban masa dia untuk jaga atuk, bapa suami dia la kiranya. Nak berjalan2 makan angin suami isteri pun x boleh. Bayangkan... bagus x bagus. Kalau aku? xntah la... mcm x sanggup je...
Kami sampai, dapat tau yang makcu kena semput since Khamis hari tu coz dia makan banyak ice-cream. Menempah maut tul... so, kami banyak tolong2 Makcu since dia x berapa sihat. Atuk pun dah makin kurus. Pak Ngah belikan atuk pendent yg untuk kesihatan tu. Yang kelakarnya... dia sampai mimpi yang Sultan hadiahkan dia pingat. hahaha...mentang2 la semalam Bezday yg dipertuan Agung... ada2 je atuk aku nih...
Lepas asar kami semua gerak balik...
0 comments:
Post a Comment